Sunday, October 12, 2008

MTB STORY

Untuk semua geng MTB. Untuk kali ini, aku cuba catatkan apa yang aku lalui sepanjang penglibatan aku dalam sukan ini. Aku tidaklah seaktif seperti Abang Megat, MD Nor (Abang Kalut), Pit (Pak Su iaitu bekas penyerang bola sepak P.Pinang yang mana satu sekolah dengan aku), Zank Perlis n gang, Chan, Geng Red Flag , own Jitra (sepupu) dan ramai lagi. Walaupun aku kurang aktif tapi, masih bertahan hingga kini. Menjadikan aku kurang aktif, ialah penugasan aku sentiasa “OUT STATION” sejak akhir-akhir ini. 2 tahun lagi baru pencen. Mungkin selepas itu aku akan berkayuh sakan. Pada masa ini aku sedang membuat kajian bagi projek buku pertama aku, yang mana aku mengumpulkan bahan sejarah MPAJA menjadi Bintang 3 di UUM, Sintuk. Kerana di UUM Sintuklah dimana disitulah tertubuhnya Bintang 3. Ramai budak kat U Sintuk pun tidak tahu.Aku sedang menunggu kuasa untuk ke Kampung Muhibah (kampung bekas-bekas PKM ditempatkan) dari pihak atasan. Aku peroleh peluang ini bila buku 75 tahun tentera darat dilancarkan pada bulan Mac yang lalu yang mana aku adalah salah seorang pencari bahan bagi buku tersebut. Kepada sesiapa hendak berkongsi sejarah tersebut bolehlah .
Aku mula-mula jatuh cinta pada sukan basikal nie, pada tahun .......(lupa) yang aku ingat bila (OWN JITRA ) tamat pengajian di Pittsburg,USA. Own beli satu untuk bapa dia (Hardtail) dan beliau DIAMOND BACK. Sejak itulah aku jatuh cinta pandang pertama. Masa itu kat Penang basikal Hardtail/down hill masih baru, kalau ada jual pun dekat kedai harga memang mahal. Lepas itu aku terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi acara basikal pada sukan SUKMA P.Pinang tahun 2000.Lagilah mengila aku dibuatnya.
Aku betul-betul aktif dalam MTB bila dapat berkenalan dengan geng Tasek Gelugor, Mie, Pon, Adik Pon dan lain-lain. Lepas itu baru aku kenal Abang Megat. Dari Perlis hinggalah ke Sabah aku kenal (ada yang dalam internet sahaja). Tapi aku sedih sebab geng Tasek Gelugor telah hilang begitu sahaja sedangkan sebelum ini, mereka kayuh boleh dikatakan pada tiap-tiap hari. Aku membawa diri berkayuh ikut geng mana yang jemput aku berkayuh hinggalah sekarang. Insyaallah, aku akan teruskan bertahan.
Bukit Langkap gelanggang yang mula aku terokai, disitulah aku belajar selok belok mencari ilmu basikal bukit. Kemudian aku tawan Thomson Trail, Cameron Highland, Gunung Jerai, Bukit Bendera, Bukit Neraka, Bukit Tikam Batu, Trek SP Jamboree dan berbagai lagi. Trek SP Jamboree 2007, buat pemanasan sebelum Penang Kayuh Lasak, disitulah aku jatuh yang telah akibatkan tulang bahu aku retak dan telah membuatkan aku FOBIA beberapa bulan.
Basikal aku yang mula-mula ialah Shimano (Racing 1987)masa itu memang aku kaki racing. Kedua Fuji Tohoe Comp dan sekarang Tank Pro Race (basikal baru, lihat masa BM Cross Country).



Template Design by SkinCorner