Tuesday, November 4, 2008

KAYUHAN MENGUJI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

04 Nov – 0815 Aku mula berkayuh bermula Taman Serai Wangi, Padang Serai – Sidam – Simpang Kuala Ketil – Sungai Petani jarak berkayuh pergi dan balik ialah 57.6 KM. Sebenarnya pagi ini aku bertekad untuk kayuh on road dengan menggunakan tayar 2.3 sejauh 60-65 KM (BM CC Baru tukar tayar size ke 2.1)tapi aku gagal melakukannya di sebabkan masa. Purata kelajuan aku Cuma 19-21. Aku tidak mahu “PRESS” takut mengalami kekejangan otot, maklumlah lama tidak long distance. Mulanya pada pagi nie aku akan berkayuh dengan Pit (Pak Su atau Azmi yang mana satu sekolah dengan aku sama-sama main bola tapi dia telah terpilih mewakili state P.Pinang bersama Aziz Azizan satu masa dahulu. Tak sangka pulak bila melibatkan diri dalam sukan ini akan bertemu kawan lama) tapi beliau sibuk sikit maklumlah orang kuat Pak Lah. Aku sampai kat Jam Besar Sg Petani lebih kurang jam 10 lebih kemudian aku berhenti sarapan pagi kat LAZATRIA bersebelahan KFC. Selesai makan aku terus ke Kedai Basikal Soo Hai (ayong). Bagi membuat setting gear dan menukar jigwire. Servise kedai ini bagus, tiada masalah. Maklumlah aku bukan calang-calang orang (ha,ha...). Boleh promotekan kedai nie.
Aku mengambil keputusan untuk kayuh balik pada jam 1330. Ayong cakap “crazy” panas macam nie, orang pun tidak kayuh masa itu. Itulah masa untuk membiasakan diri bila di panah terik panas matahari semasa BUKIT MERTAJAM CROSS COUNTRY. Cara aku buat nie memang kerja gila, tapi bagi aku biasa sahaja kerana aku biasa buat lebih dari itu. Cuma waktu ini sahaja aku kekurangan angin sebab itulah aku terpaksa bekerja keras minggu ini sehingga hari Jumaat, Sabtu break.....ahad ...race. Dalam perjalanan balik, memang panas nak gila aku kayuh menteng aje.Muka rasa macam terbakar. Apapun aku berjaya harungi sehingga sampai ke Taman Serai Wangi berhenti di Mini Market Tan (MKH Roadbike) beli Fresh Orange dahulu.....syuuupppppppppppp . Sekarang aku tengah promote Tan naik Mountainbike pulak. Lagipun kat tempat aku ni, hanya aku seorang naik Mountainbike.
Hari ini aku dapat kawan baru new rider, yang nak join aku selepas ini iaitu Mr Andy Low( Business Development Manager) dari PRUDENTIAL. Welcome..........Mr Andy............
Peringatan: Saya mengingatkan kepada semua rider yang menyertai BM CC pada 9 Nov membawa air yang berlebihan. Untuk maklumat semua, trek ini memang mencabar. “BIAR PERLAHAN JANJI SAMPAI”











1 comments:

enjoy your life said...

Hope some day have a bike like you to have a hike.

web hosting
web design

Template Design by SkinCorner