Sunday, November 2, 2008

My Sugar Grider, I have one pair.
Sugar Grider name CITCIT n CIT. Small Pet is very sensitif. SG mempunyai sifat manja sentiasa ingin di belai. Sentiasa kena pujuk bila marah. Inilah kelebihan kepada binatang ini. Ada yang memanggil binatang ini TUPAI TERBANG, sebenarnya bukan. Binantang ini berasal dari Indonesia, Australia , America................. bukan dari Malaysia. Sekali lihat macam KOALA atau Kanggaru pun ada. Aku memberi makanan kucing, buah-buahan kepada SG. SG pada waktu siang ialah waktu tidur dan akan aktif di sebelah malam. Setelah di beri makan, baru boleh ajak SG bermain. Binatang ini kena di beri nama. Sebab bila kita memanggil nama tersebut ada respon atau datang kepada kita. Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi minat bela binatang nie. Pada mulanya my son suruh aku belikan HAMSTER tapi bila sampai kedai lain plak yang di ambilnya. Aku beli sepasang Sugar Grider berharga RM 500.00. Aku galakkan kalau sesiapa yang teringin nak beli aku syorkan beli yang masih “BABY” pasal senang kita nak jinakkan. Jangka hayat binatang nie boleh sampai 10-12 tahun. SG aku, bila aku keluar jalan tak bawa dia bila aku balik mulalah meragam..... buat perangai bunyi bising mulalah bila hulurkan tangan nak terkam sahaja. Mulalah aku kena pujuk dengan mengosok kepala dan memberi makan buah di atas tangan . Tentang tempat (cage) SG tidak lah susah untuk menyelengarakannya tidak macam HAMSTER yang sentiasa 2-3 hari sekali kena tukar habuk kayu. SG akan melahirkan anak dalam tempuh setahun sekor atau dua ekor sahaja. Lihat gambar-gambar yang dapat dirakamkan dari Cage, makan, sosial. Anda boleh mendapatkan info mengenai SUGAR GRIDER di internet dengan menaip SMALL ANIMAL. Kepada sesiapa yang ada bela binatang ni, bolehlah berkongsi pengalaman dengan saya.





0 comments:

Template Design by SkinCorner